1. Pernahkah anda terlihat lubang di penghujung pita pengukur anda?

Pernahkah anda berfikir apa kegunaan lubang kecil ini? Pertama sekali, pernahkah anda sedar akan kewujudannya sebelum ini? Baiklah, ia berfungsi memudahkan seseorang untuk mengukur. Hanya gantungkan kepala pita ke sebatang paku dengan menggunakan lubang itu dan anda boleh menarik pita tanpa memerlukan orang lain memegangnya untuk anda.

2. Soda Penaik & Garam

Sekiranya anda tidak memiliki pa-apa cuka bersama anda, anda boleh menyelesaikan masalah saluran tersumbat dengan menaburkan soda penaik dan garam dalam kuantiti yang sama. Biarkannya selama 30 minit sebelum anda mengepam, sekali lagi, kemudian jiruskannya dengan seperiuk air panas yang mendidih. Sesuai untuk tujuan itu, anda perlu memaksa air tersebut turun ke bahagian bawah paip dengan menggunakan pelocok sinki.

3. Pernahkah anda terlihat sebarang aksesori tambahan yang didatangkan di dalam pakaian baharu anda?

Baiklah, jika anda menganggap bahawa cebisan fabrik tambahan itu adalah sampel kain untuk membantu anda mencari jenis kain yang betul-betul sama, atau contohnya dalam kes apabila anda perlu untuk memperbaikinya, anda mungkin tidak betul sepenuhnya. Alasan cebisan fabrik ini dikepil bersama ialah untuk menguji ketahanan/tindak balas pakaian baharu anda di dalam mesin basuh dan bersama dengan sabun pencuci yang selalu anda guna.

4. Bagaimana pula dengan lubang kecil pada pemegang kuali?

Mulai sekarang, kita akan tahu tujuan sebenar alat berguna ini yang telah disediakan oleh pencipta peralatan dapur untuk kita. Seperti yang kebanyakan daripada kita telah tahu, lubang ini adalah untuk menggantung periuk tersebut. Namun begitu, ia mempunyai kegunaan lain. Ia juga digunakan sebagai pemegang untuk sudu atau senduk ketika kita memasak, supaya ia tidak menitis ke semua tempat.

5. Adakah anda tahu apakah kegunaan lubang kecil pada mangga?

Tentu sekali perkara pertama yang anda harus fikirkan apabila anda melihat lubang itu ialah , ianya telah diilhamkan untuk tujuan rekaan atau nilai estetik mangga tersebut tetapi bukan ya kawan-kawan, lubang ini mempunyai kesan yang hebat ke atas cara mangga bekerja memandangkan ia membenarkan air untuk keluar, jika air masuk ke dalam sistem dan ia juga membenarkan untuk membuka mangga bertujuan untuk mencalit minyak pelincir ke atas mekanisma itu.

Sumber:https://myhealthreads.com