Anda sedang mencari cara-cara Pertukaran Sekolah? Pencarian anda berakhir disini...

image:ajumohit.com

MENDAPATKAN MAKLUMAT PERTUKARAN SEKOLAH DAERAH / NEGERI

Prosedur yang perlu dilakukan untuk permohonan pertukaran sekolah rendah adalah seperti berikut:-


  1.     Dapatkan borang pertukaran sekolah di sekolah semasa.
  2.     Lengkapkan borang serta hantar kembali borang tersebut beserta sijil lahir murid          ke  sekolah  semasa untuk pengesahan Guru Besar
  3.     Dapatkan tandatangan Guru Besar dan cop sekolah semasa.
  4.     Hantar borang permohonan dan sijil lahir murid ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)      mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan.
  5.     Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat          kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan. 
  6.     Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua,          dan seterusnya ketiga.



Dokumen urusan pertukaran murid warganegara yang perlu dikemukakan oleh ibubapa / penjaga kepada pihak sekolah:


  •     Borang SRTATS (diisi ibu bapa/penjaga)
  •     Salinan sijil lahir murid
  •     Salinan K/P murid , ibu bapa / penjaga
  •     Salinan surat nikah
  •     Surat hak penjagaan anak (kes perceraian)
  •     Surat anak angkat (jika anak angkat)
  •     Bil utiliti (alamat terkini)
Mohon tambah di ruangan komen jika anda mempunyai pengalaman berkaitan untuk rujukan masa akan datang. 

Mohon SHARE jika bermanfaat...