Cara Jadi Orang Yang Dicari, Bukan Orang Yang Mencari


Apa yang membuatkan sesetengah orang ada daya penarik?

Kenapa ada 'fans' yang follow artis, selebriti dan tokoh?

Kenapa ada orang jadi famous?

Kenapa sesetengah wanita jatuh cinta dan cair dengan lelaki walaupun mereka taklah 'hensem' dan kekadang poyo?

Jawapannya, terletak pada satu sifat psikologi manusia yang asas. Sifat ini yang saya akan cuba kupas dalam email ni.

Ini yang penting untuk kita faham:
Tertarik pada seseorang bukan pilihan, tapi semulajadi.

Ia berlaku secara automatik.

Ia naluri semulajadi kita sebagai manusia yang penting untuk meneruskan hidup.

Secara semulajadi, manusia hidup bersosial. Kita hidup dalam kumpulan.

Kita akan ikut satu pemimpin sehingga kita cukup matang dan  pengalaman untuk jadi pemimpin.

Apabila masanya tiba, kita hasilkan pengikut dan follower kita sendiri.

Ia sifat semulajadi kita.
Manusia sukar hidup keseorangan, oleh itu kita meletakkan diri kita dalam group atau keluarga.

Zaman dulu, seorang pemimpin biasanya lelaki yang kuat yang boleh memburu binatang dan membawa makanan. Ciri orang yang ramai follower dulu adalah seorang yang gagah secara fizikal.

Zaman sekarang, seorang pemimpin biasanya sesiapa yang mempunyai kuasa, wang, pengaruh dan personaliti.

Ini dua ilmu penting yang kita boleh belajar.

Pertama, manusia mempunyai tarikan semulajadi terhadap orang lain yang ada sifat kepimpinan, atau personaliti yang menarik.

Kedua, jika anda nak berjaya dalam bisnes, atau apa sahaja dalam hidup, anda mesti belajar sifat-sifat tersebut, dan satu hari nanti jadi seorang pemimpin juga, yang memberikan nilai kepada ramai manusia.

Asal usul saya seorang yang sangat pendiam, pemalu dan tiada ciri kepimpinan.

Tapi setelah saya tahu rahsia ini, perlahan-lahan saya belajar dan ubah sikap saya.

Dan terbukti, hari ini saya mempunyai follower yang kecewa jika saya tertinggal menghantar satu email pada mereka.

Jika anda nak tarik lebih ramai customer, follower dan untuk membantu lebih ramai orang, mulakan dengan belajar sifat-sifat yang boleh memimpin dan membantu orang tersebut.

Jika anda ingin berniaga, anda juga perlu ilmu pemasaran dan jualan. Jangan lupa tonton video MB2000 ini jika nak mulakan langkah sebagai usahawan.

Sumber: NasihatNiaga