Sedang mencari cara pakai mask yang betul? Pencarian anda berakhir disini..
Terdapat segelintir yang memakai bahagian berwarna biru atau hijau pada bahagian dalam, yang mana cara itu adalah SALAH!
Nak tahu apakah kedudukan sebenar bahagian berwarna biru pada topeng ketika dipakai? Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.
1) Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul, mempunyai kepingan logam yang mengikut bentuk dan dapat menutup keseluruhan mulut dan hidung bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang digunakan.
2) Pastikan ia berwarna biru di luar kerana ia adalah kalis air dan mempunyai bahagian yang berwarna putih disebelah dalam untuk penyerapan jika terbatuk atau terbersin.
3) Pastikan topeng muka digantikan dengan yang baru kerana ianya hanya boleh digunakan selama 8 jam sahaja ataupun apabila ia sudah menjadi lembab.
4) Membuang ‘face mask’ yang telah digunakan juga sangat penting. Harus diingat bahawa topeng muka yang telah digunakan adalah kotor dan jangan sentuh topeng tersebut selepas ia dibuang. Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.
5) Koyak topeng muka yang telah digunakan, masukkan ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas sebelum dibuang.
6) Pastikan untuk mencuci tangan selepas membuang ‘face mask’.
Tapi ingat, selain dari memakai topeng muka, kita juga disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan.
#stayathome #kitajagakita #kitamestime