Cara Pilih Media Pemasaran Untuk Dropship?
Salam Ramadhan

Media FB dan IG (Instagram) adalah media yang 'glamer' untuk banyak usahawan pilih, untuk jual barangan dropship.

Betul ke?
Yang jauh lebih penting sebelum kita nak pilih IG, atau FB, atau apa saja medium lain, ada asas ekonomi... iaitu:-

SUPPLY & DEMAND

Kalau kita terror FB atau IG, tapi apa yang kita jual kurang demand, maka susah juga kita nak menjualnya.

Pemilihan produk dropship tu sendiri kena tengok dulu.

  • Banyak tak orang lain jual?
  • Banyak tak testimoni yang tulen?
  • Ramai tak orang yang berjaya jual produk tu?

Dah jumpa jawapan ni, baru lah kita lulus langkah pertama nak mulakan bisnes dropship.

Kerana ia petanda-petanda terdapat demand untuk produk tersebut.

Cara lain untuk tengok demand adalah dengan kaedah validation yang ditunjukkan dalam video ni.

Tapi, masih belum sesuai lagi nak pilih medium pemasaran.

Sebelum kita pilih medium marketing, kita kena tahu dulu, customer kita tu siapa, dan apa masalah yang produk kita boleh bantu?

Kalau kita buat dropship ubat sakit lutut bagi veteran berumur 50 tahun ke atas, kirim salam lah nak pakai IG.


Rule yang paling penting untuk kita faham adalah:-

Kita Berniaga Dengan Manusia

Yang perlu kita mantapkan dulu, adalah ilmu bagaimana nak komunikasi dengan manusia dengan baik. Bagaimana mempengaruhi manusia. Bagaimana ambil hati manusia.

Jika asas ini kita faham, gunalah IG ke, FB ke, apa ke...kita akan boleh berjaya tak kira apa jenis media kita pakai, kerana asas kita kuat.

Jika anda sedang mencari jalan untuk menambahkan pendapatan tanpa kos pemasaran yang besar, atau risiko yang menakutkan, tonton video ini dulu.

Salam Ramadhan.

Sumber: NasihatNiaga