Hafizi Zain merupakan seorang pemilik bisnes printing. Beliau hanya melakukan bisnes 
melalui syarikat enterprise sahaja. Daripada bisnesnya ini, beliau membuat banyak duit 
melalui pinjaman bank untuk membeli rumah.

Bagaimana Hafizi Zain melakukannya? 

Ikuti 10 langkah di bawah ini untuk membeli rumah pertama menggunakan duit bisnes 
enterprise:

1) Langkah #1 - Pastikan pinjaman pertama adalah pinjaman rumah.

Untuk berjaya membeli rumah pertama melalui duit bisnes enterprise, pastikan pinjaman 
pertama adalah pinjaman untuk membeli rumah.

Semakin tinggi komitmen kita untuk menjelaskan pinjaman bank (misalnya membuat 
pinjaman kereta dahulu), semakin berkurangan kelayakan untuk membuat pinjaman rumah.

Cara terbaik adalah menangguh kepuasan dan membina aset dahulu.

2) Langkah #2 - Pastikan duit masuk ke dalam akaun bisnes, bukan peribadi.

Bagi yang menjalankan bisnes enterprise, pastikan setiap aliran tunai yang masuk ke 
dalam bisnes kita adalah melalui akaun bank syarikat. Jangan guna akaun bank peribadi. 

Kerana, kita mahu duit yang masuk ke dalam akaun bank syarikat kita dikira sebagai 
income (pendapatan).

Jika berlaku pelanggan terbayar melalui akaun bank peribadi kita, transfer duit tersebut 
ke akaun bank syarikat sebagai nota "Cash Sales". Apa yang paling penting, pihak bank 
mahu melihat income di dalam akaun bank syarikat kita.

3) Langkah #3 - Bayar gaji untuk diri sendiri.

Bayar gaji untuk diri sendiri dan bayar KWSP untuk diri sendiri juga. Bagi peniaga 
enterprise, tetapkan gaji bulanan untuk dibayar kepada diri sendiri.

Apabila kita mahu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, bank akan lihat kita 
mempunyai 2 jenis income. 1 pendapatan datangnya dari bisnes, dan 1 lagi pendapatan 

datangnya dari duit gaji. 

Elakkan membayar gaji melalui online transfer. Sebaliknya, gunakan cek syarikat untuk 
membayar gaji kita. Siapkan Payslip berserta cop sekali.

4) Langkah #4 - Jangan terpengaruh dengan loan ASB.

Jangan mudah terpengaruh untuk membuat pinjaman ASB atau pinjaman peribadi. 
Kerana, ditakuti pinjaman jenis ini boleh menyebabkan kita terjejas dan tidak layak 
untuk membuat pinjaman rumah pertama.

Cara yang betul jika mahu membuat pinjaman ASB atau pinjaman peribadi, pastikan kita 
lulus dahulu pinjaman rumah pertama, baru buat pinjaman baru (ASB atau peribadi). 

Tetapi, jika kita mahu membeli rumah kedua pula, tangguhkan hasrat untuk membuat 
pinjaman ASB atau peribadi.

Kerana, kita tidak mahu DSR bulanan memberi impak yang besar kepada pinjaman 
rumah kedua. Dengan kata lain, bank tidak meluluskan pinjaman rumah kedua kita.

5) Langkah #5 - Rumah pertama adalah rumah pelaburan.

Rumah pertama yang kita beli adalah rumah untuk pelaburan. Jangan beli rumah pertama 
kerana mahu diduduki. Sebaliknya, beli rumah pertama untuk disewakan kepada orang lain.

Kenapa kita perlu jadikan rumah pertama sebagai pelaburan? Kerana, kita mahu menjana 
pendapatan melalui rumah tersebut, bukan menjadi beban untuk membayar hutang 
pinjaman rumah setiap bulan.

Pendapatan yang boleh kita peroleh melalui pelaburan ini adalah aliran tunai atau 
keuntungan modal. Jika kita sewakan rumah kepada orang lain, kita akan mendapat duit
setiap bulan (aliran tunai) secara konsisten. 

Cara ini akan menjadi kita bertambah kaya.

Manakala, jika kita membeli rumah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi di 
kemudian hari (seperti selepas 3-5 tahun kemudian), kita berjaya menjana pendapatan 
keuntungan modal. Di mana, kita beli rumah dengan harga murah dan menjualnya 
dengan harga mahal. 

6) Langkah #6  - Jangan beli rumah atas dua nama suami dan isteri.

Jangan beli rumah atas dua nama suami dan isteri. Kerana, kelayakan pinjaman rumah 
sebanyak 90% hanya untuk dua buah rumah setiap seorang. Apabila mahu membeli 
rumah ketiga, bank hanya meluluskan pinjaman sebanyak 70% sahaja.

Ini bermakna, bagi pasangan suami-isteri, mereka boleh mendapat pinjaman rumah 
sebanyak 90% untuk membeli 4 buah rumah. Rumah kelima dan seterusnya, bank 
hanya meluluskan 70% sahaja.

Rugi rasanya apabila membeli rumah, kita gabungkan nama suami dan isteri. Kita 
hanya boleh membeli dua buah rumah dengan pinjaman sebanyak 90% sahaja.

Jika mahu untung, rumah pertama sehingga ketiga, kita sewakan kepada orang lain. 
Duit aliran tunai setiap bulan (hasil sewaan ketiga-tiga rumah), kita bayar hutang 
pinjaman rumah keempat.

Hasilnya, seperti kita duduk rumah sendiri secara percuma kerana tidak perlu 
mengeluarkan duit walaupun sesen untuk membayar pinjaman rumah.

7) Langkah #7 - Buat semakan CCRIS. 

Pastikan kita tiada masalah dengan rekod CCRIS. Rekod CCRIS adalah rekod hutang 
yang disenaraikan melalui Bank Negara. Untuk memudahkan urusan membuat pinjaman 
membeli rumah, semak dahulu rekod hutang kita di CCRIS.

Apabila kita semak nanti, kita boleh lihat senarai hutang berserta senarai bayaran 
bulanan. Jika kita mempunyai tunggakan hutang, CCRIS akan merekodkan nombor 
berdasarkan berapa banyak tunggakan yang telah kita lakukan.

Jika 1, bermaksud kita mempunyai tunggakan sebanyak 1 bulan. 

Begitu juga dengan nombor seterusnya. Jika CCRIS merekodkan nombor kosong (0), 
ini bermakna rekod kita bersih.

8) Langkah #8 - 3 cara untuk membeli rumah pertama kita. 

Kita boleh beli rumah dengan cara:

a) Beli rumah undercons.

Rumah undercons adalah rumah under construction. Ia bermaksud, rumah yang sedang 
dibina. Rumah undercons sesuai dibuat flipping (menjual semula dengan harga tinggi) 
apabila siap nanti.

b) Beli rumah subsale.

Rumah yang sudah siap dan ada pemilik rumah. Rumah jenis ini kita boleh beli kerana 
pemilik asalnya mahu menjual rumah tersebut.

c) Beli rumah lelong.

Rumah lelong adalah rumah yang dilelongkan oleh pihak bank kerana pemilik asal sudah 
tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan rumah tersebut.

Di antara ketiga-tiga cara membeli rumah ini, rumah lelong adalah rumah berisiko tinggi, 
tetapi mempunyai pulangan yang tinggi juga. Kerana, jika kita berjaya di dalam bidaan 
rumah lelong, kita boleh membeli rumah tersebut dengan harga di bawah nilai pasaran.

9) Langkah #9 - Tip penting untuk beli rumah under construction?

Nasihat untuk peniaga enterprise yang mahu membeli rumah undercons. Pilih rumah 
undercons yang mempunyai nama-nama pemaju yang besar seperti SP Setia, 
IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan banyak lagi.

Sebab utamanya, risiko untuk projek perumahan ini terbengkalai adalah rendah. 
Jika kita beli melalui pemaju yang kurang dikenali, risiko untuk projek perumahan 
terbengkalai adalah sangat tinggi.

Kerana, mereka tidak mempunyai modal yang cukup atau masalah-masalah lain yang 
boleh menyumbang kepada terbengkalai. Berbanding dengan pemaju-pemaju besar, 
mereka mempunyai modal yang cukup untuk menyiapkan projek perumahan.

Tambahan lagi, pemaju besar biasanya menyediakan banyak kelebihan kepada pembeli 
rumah undercons. Seperti diskaun sehingga 10%, percuma alarm, percuma air-cond 
dan banyak lagi.

10) Langkah #10 - Beli kerana mampu, bukan kerana nafsu.

Akhir sekali, beli rumah mengikut kemampuan, bukan nafsu.

Kita mungkin mudah terpengaruh apabila ramai kawan-kawan kita membeli rumah besar. 
Kita pun mahu membeli rumah besar juga. Mungkin pinjaman rumah mudah diluluskan 
kerana kita tidak mempunyai masalah untuk meminjam.

Tetapi, kesannya komitmen kita sangat tinggi sehingga boleh membebankan kita setiap 
hujung bulan. Ditakuti, komitmen membayar pinjaman rumah sangat tinggi sehingga 
melebihi pendapatan yang kita dapat. Akhirnya, bayar bulanan pinjaman rumah tertunggak!

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, buat kira-kira terlebih dahulu untuk 
memastikan kita mampu untuk membayar pinjaman rumah tersebut setiap bulan.
BONUS! 2 Cara buat pinjaman cepat lulus sebab CCRIS bersih
11) Langkah #11 - Ini yang anda boleh buat jika CCRIS anda bersih.

Jika bank tidak dapat melihat disiplin kita membayar pinjaman bank (kerana CCRIS 
kita bersih dan kosong), kita boleh buat 2 cara berikut:

a) Apply kad kredit dan guna.

Caranya, kita swipe pada siang hari, dan membayarnya balik pada malam hari. 
Hal ini kerana, kita tidak mahu terlupa membayar balik duit kad kredit.

b) Buat pinjaman Easy RHB.

Buat pinjaman Easy RHB dengan nilai paling rendah sekali. 

Kenapa kita pinjam dengan nilai paling rendah sekali? Kerana, kita mahu menunjukkan 
komitmen kita mampu membayar hutang pinjaman kepada bank, bukan menambah 
hutang dengan lebih banyak lagi.
Apabila bank melihat kita disiplin semasa membayar hutang, mudah untuk bank 
meluluskan pinjaman rumah pertama kita menggunakan duit bisnes.
Buat banyak duit dengan pinjaman rumah
11 langkah yang dikongsikan ini sedikit-sebanyak membantu kita untuk membeli rumah 
pertama dengan mudah menggunakan duit bisnes enterprise. 

Jadi, tiada masalah lagi untuk peniaga kecil seperti syarikat enterprise untuk membeli rumah.
Hadam 11 langkah ini. 

Dan, mula bertindak untuk membuat lebih banyak duit lagi dengan membeli rumah 
menggunakan duit bisnes enterprise.

Sumber: http://writetowealth.my/10langkahbelirumah