Kesilapan besar subletter dalam business bilik dan rumah sewa

1. Ambil unit sewa dari owner lebih dari market value

sewa market RM 1000.. owner nak bagi sewa RM 1200.. jangan la ambik.. patutnyer nego sewa bagi dapat RM 800 atau RM 900.. kalau owner tidak mahu turun kan sewa..

lagi bagus cari unit yang lain.. pemilihan unit sublet mesti la yang berkualiti dan boleh buat profit sahaja..  kos modal nak bayar deposit bukan sedikit... nak modal beli perabot lagi..

pilih unit yang berkuality.. harga sewa below market dan demand yang hot sahaja


2. Subletter beli barang yang low quality.. 

untuk bagi ke penyewa.. beli barang yang low kuality memang murah.. tapi tidak tahan lama... penyewa akan complain barang cepat rosak..

nanti tengah - tengah malam penyewa complain....
bang katil rosak la..
bang almari pintu tercabut la..
bang tilam ni dah nipis sangat la.. sakit belakang nak tido
bang mesin basuh ni air tak keluar la...
bang peti ais ni tak sejuk la...
kan dah sakit kepala dkt situ
hahahaha

Barang yang low quality juga boleh menyebab kan penyewa tidak minat nak sewa bilik or rumah yang di tawar kan... tiada add value.. nak bagi unify dan tv LCD siap Astro konfirm penuh cepat hahaha...

lagi bagus beli barang elektrik yang baru dan warranty 5 tahun.. boleh tahan lama dan kita tidak pening kepala..


3. Modal yang lebih dari sepatut nyer.. 

sewa bilik sahaja pon... beli barang yang sederhana mahal cukup la... bagi penyewa mesin basuh auto 7 kg... jgn la bagi mesin basuh 12 kg..

bagi katil single siap plywood... tilam 5 inch.. jgn la bagi katil devon tebal 10 inch.. hahaha.. paham lah kan..

langsir jangan la beli jenama mahal.. 2 panel sampai harga RM 300.. beli yang 2 panel harga RM 80 ok dah dekat kamdar or kawan2



4. Ambil unit sublet tanpa mengkaji demand dan sublet kawasan yang nak di ambk..

contoh kawasan kajang villa tropika sewa RM 1000 ke RM1200.. rumah baru.. kena la buat kira-kira berapa boleh sewa.. kena la buat iklan dummy berapa orang yang call masuk... minimum cashflow RM 500 dapat baru boleh ambk sbb modal perabot RM 6500.. deposit RM 3500.. total dah RM 1000

kalau RM 500 cashflow.... RM 10000 / 500 = 20 bulan baru balik modal... tu pon kalau full la.. hahaha

kalau RM 300 cashflow RM 10000 / RM300 = 33 bulan baru balik modal

kalau ambk cashflow RM 300 tu dah sikit sangat...

perkara paling penting kena try iklan dekat mudah.my or ibilik.my

kalau setakat 1 hari 1 org call... 3 hari 1 orang call.. xpayah la ambk.. iklan marketing kena buat sendiri... tgk berapa org call.. jangan percaya cakap owner rumah yang nak sewa kan rumah tu.. jangan percaya cakap agen yang nak sewa kan rumah tu... jangan percaya cakap subletter yang nak let go rumah tu.. jangan percaya cakap kawan2 yang xpernah buat bilik sewa or rumah sewa di kawasan itu... hehehehe 



5. Kontrak dengan owner rumah sekejap sangat.

Kos perabot yang sublettr keluar kan agak tinggi perabot sahaja boleh sampai RM 6000 ke RM 8000 bergantung pada bilangan penyewa nak masuk dan kualiti perabot.

nak balik modal pon dah 1 tahun ke 2 tahun.. itu pon kalau penuh. so sepatut nya subletter kena buat kontrak dengan owner 5 tahun atau boleh nego ke 3 tahun paling minimum.

selepas 2 tahun max dah boleh buat profit...tp lepas 1 tahun or 2 tahun pon ada perabot2 mcm tilam dah start mula rosak. kena fikir juga masa nak ambil unit sublet tu ye.. hehehe