BILA RUMAH TUKAR BAJU BARU
------------------------------------------------------------------------
Susulan daripada sharing saya sebelum ni bertajuk "UNTUNGNYA KAKITANGAN KERAJAAN", saya ingin berkongsi kisah rumah subsale (2nd hand) yang saya pernah beli menggunakan PERSONAL LOAN dengan interest 3.85% flat rate selama 25 tahun. Time beli apartment ni, terasa la sikit macam orang kaya, ye la...bayar cash kat lawyer...walhal buat personal loan... smile emoticon

Tapi tu dulu..masa zaman kegemilangan personal loan, sekarang ni...limit utk 10 tahun je...but still, sekarang masih boleh buat berdasarkan kepada keupayaan kita, dengan RM80k dengan kadar interest 2.99%, bayaran bulanan adalah RM866.

Lepas beli apartment tu, baju ditukar dengan baju baru..ala-ala baju raya baru..dengan anggaran kos baju sebanyak RM9K. Kalau campur-campur beli+renovation adalah RM84K, dimana masa tu market value apartment tu adalah RM130K dan saya sewakan dengan RM1100.

Masa beli apartment tu, keadaanya memang macam tongkang pecah. Tile pecah, dinding berconteng, pintu pecah, wiring bermasalah..selalu trip, tahi kucing merata dan macam2 lg. Agent try jual dalam tempoh 6 bulan, walaubagaimanapun semua orang tak nak beli, tapi bagi saya ianya hanyalah kosmetik semata-mata....mungkin rezeki saya kot masa tu, saya terus beli dengan harga RM75K.
Sekarang ni lepas 2 tahun berlalu, market value bagi apartment tu RM200K, dan saya masih simpan apartment ini sehingga persekitaran di tempat ini matang sepenuhnya.

Nota : 
1. "Don't judge a book by its cover"
2. Unit macam ni ada di mana-mana, cuma kita kene rajin untuk mencari
3. Apabila anda site visit rumah sebegini, cuba bayangkan sekiranya ia di renovate, dan cuba pastikan anggaran untuk kos renovate...sebenarnya xda la semahal mana
4. Biasanya unit macam ni, owner malas dah nak jaga, owner nak letgo sahaja
5. Kos renovasi sebenarnya akan meningkatkan Market Value rumah tersebut
P/S: gambar di bawah bukanlah gambar apartment yang dibeli, ianya hanyalah gambar hiasan semata-mata
****Andaikata anda tuan rumah dan mempunyai masalah untuk jaga rumah anda sehingga jadi sebegini, team ‪#‎penunggurumah‬ sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda