10 Tips yang boleh korang guna untuk elak risiko dari unit hartanah korang kosong

Antara Risiko yang paling orang takut dalam Pelaburan Hartanah adalah unit kosong jika tidak dapat di sewakan.

Yes, itulah risiko yang korang kena hadap.

Mana ada manis je, kena rasa pahit jugak..korang nak untung ratus ribu tapi rugi ratus ringgit sebulan dua tak nak. Ahahha..

Ini antara 10 Tips yang boleh korang guna untuk elak dari unit kosong :

1. Sewakan dengan harga mampu sewa

Contoh :

Flat sewakan RM 500/bln
Rumah setingkat sewakan RM 800/bln

2. Beri diskaun jika penyewa bayar awal @ on time

Contoh :

Harga sewaan RM 800/bln
Boleh bagi diskaun RM 20 jika bayar sebelum due date.
Biar untung sikit dari rugi besar.

3. Refferal program

Beri komisen jika penyewa lama ingin keluar dan rekemen pada kawan yang lain untuk menyewa unit kita.

4. Cat warna cerah/warna warni

Tak kisah kalau unit korang bukan fully furnish tapi pastikan korang spend sikit duit untuk cat unit korang bagi menarik perhatian penyewa.

Penyewa lebih tertarik untuk sewa unit yang cantik mata memandang. Eleh, Korang pun kalau tengok awek cantik pun tak berkelip mata kan, macam aku tak tahu...

5. Sediakan perabot asas.

Korang boleh sediakan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, sofa bagi menambah nilai unit korang dan untuk keselesaan penyewa.

6. Sediakan perabot dan alatan elektrik lengkap.

Ada juga penyewa yang sanggup bayar tinggi untuk unit yang fully furnish. Antara alatan elektrik yang boleh di letakkan seperti TV, Mesin basuh, Peti sejuk, Aircond dan Water heater.

7. Jaga PR dengan penyewa

Apa yang aku buat, kerap bertanya khabar penyewa, dari segi keselesaan duduk di rumah kita. Berkomunikasi dengan cara bijaksana, Buat sampai diaorang rasa malu kalau nak buat "TAHI" dengan kita.

Tapi kalau dah nasib korang dapat penyewa dari Neraka, tak boleh nak kata apa lah, ahahaha...

8. Berperikemanusiaan

Aku pernah ada kes, rumah sewa di pecah masuk oleh pencuri.
Habis barang-barang berharga penyewa di kebas.

Apa yang aku buat, aku tawarkan bayaran sewa separuh sahaja untuk bulan itu tanda simpati dan takziah atas kejadian tidak di ingini.

Mungkin ada sesetengah owner akan kata, itu bukan masalah kita, itu masalah penyewa.

Guys, Hidup ini kena saling Give and Take. Mungkin hari ni hari dia. Esok lusa hari kau.

9. Deposit rendah

Paling laju nak dapat penyewa kalau korang offer deposit 1 + 1.

Sebab rata-rata penyewa ini mempunyai budget yang terhad dan tiada simpanan yang banyak. Kalau tak, diaorang dah beli rumah sendiri.

Deposit 1 bulan itu perlu sebagai backup jika penyewa lambat bayar @ penyewa rosakkan rumah korang.

10. Hire ejen

Sebulan sebelum korang dapat kunci rumah, mintak ejen carikan penyewa secepat mungkin.

Sebab ejen hartanah ini kadang-kadang ada database penyewa yang ingin mencari rumah, networking dengan agensi lain.

Korang pun tak payah nak pening kepala nak melayan karenah penyewa yang nak view-view dahulu sebab ejen akan bantu uruskan semuanya termasuklah dari segi documentation Perjanjian Sewaan.

Cukuplah dahulu 10 Tips Sewaan ini, korang guna salah satu tips ni pun dah berkesan.

Boleh share dan viralkan pada kawan-kawan yang nak beli rumah tapi takut takda penyewa.

Muhd Farid

www.juicapital.com