Patut kah kita guna semua duit simpanan untuk mulakan bisnes?

Saya kenal seorang makcik yang sudah 30 tahun kerja bank. Kerja yang boring, dan stress.

Ada boss yang dia benci...

...tapi kerja dengan sabar demi mengumpul wang. RM200,000 jumlah yang dikumpul.

Apabila wangnya cukup, beliau akhirnya nak mulakan apa yang diimpi-impikan.

Iaitu memulakan bisnes, dan menjadi boss sendiri.

Cuba teka apa yang jadi?

...
...
...

Selepas 2 tahun, RM200,000 hangus.
Bisnes beliau lingkup.

Dan kenapa?

Kerana pengalaman beliau adalah bekerja di kaunter bank. Bukan menjalankan bisnes.

Ia dua benda yang jauh berbeza.

Jadi bagaimana?

Bagaimana nak ada pendapatan tambahan? Kejar impian dan menjadi bebas kewangan?

Saya sarankan, mulakan bisnes dengan modal yang kecil dulu, dengan menggunakan cara unik.

Sumber:NasihatNiaga.com