Soalan:
Bagaimana kalau saya tidak pernah lagi kerja dan tidak ada lagi pendapatan sebelum ini yang boleh saya gunakan untuk sara pendapatan dan juga boleh guna sebagai modal untuk bisnes?

Saya baru habis belajar tuan. boleh jelaskan kepada saya. Saya tidak ada sumber langsung untuk sara hidup apatah lagi nk buat bisnes. saya tinggal dengan keluarga.

boleh tuan jelaskan apa yang perlu saya lakukan?


- Muhammad Faris

Jawapan:
Sekiranya tuan memilih jalan untuk berniaga, ini yang saya sarankan.

1) Tuan mesti fahamkan pada keluarga, yang jalan berniaga akan terumbang ambing permulaannya.

Ini kerana tuan belum ada pengalaman berniaga. Keluarga mesti faham  beberapa bulan pertama, kemungkinan mereka akan lihat tuan kesusahan, keletihan dan kebingungan.

Family kita mesti faham perkara ini. Ia perkara  normal di peringkat awal bisnes bagi sesiapa saja pun.

Tetapi setelah beberapa bulan, pulangannya boleh berkali ganda lebih daripada bekerja makan gaji. Kepuasannya juga lain.

Sementara jalan bekerja pula, akan ada gaji yang tetap, dan tiada peluang untuk menetapkan kebebasan kewangan sendiri.

Sekiranya mereka tidak faham perkara ini, apabila mereka lihat tuan susah di awal-awal perniagaan, mereka akan memujuk tuan berhenti berniaga, dan mencari pekerjaan juga. Tuan terpaksa padamkan impian menjadi usahawan berjaya jika mengikut kata mereka.

2) Kedua, oleh kerana tuan tiada pengalaman berniaga, tidak boleh tidak, tuan mesti mencari seorang mentor yang boleh membimbing tuan.

Mentor datang dalam pelbagai bentuk. Jika tuan nak buka perniagaan makan contohnya, cari saja pemilik rangkaian makanan yang besar dan minta berguru dengannya.

Ramai yang akan menolak, kerana mereka sibuk. Tapi jika tuan tawarkan bekerja dengannya secara percuma untuk belajar selok belok perniagaannya... ada sesetengah dari mereka akan izinkan dan bantu.

Jika tuan tidak mencari mentor, tuan akan terumbang ambing selama bertahun-tahun, rugi beribu-ribu, dan akan menusuk emosi dan motivasi.

Dengan adanya mentor, tuan boleh shortcut. Jalan yang biasanya ambil masa lebih 3 tahun, tuan boleh short cut dalam beberapa bulan sahaja.

3) Ambil masa untuk teliti apa minat tuan, dan apa permintaan tinggi. Perhatikan apa yang sedang laku di kedai-kedai. Jangan berniaga apa yang kita suka semata-mata, tapi pastikan juga permintaannya ada.

4) Belajar selok belok memulakan perniagaan tanpa modal. Belajar apa itu 'lean startup'.

Sumber