Biasanya kita sangat suka weekend, atau cuti.

Bagi saya, itu lah masa otak dan badan berehat.

Bila dah rehat, kita dapat kumpul tenaga untuk buat 'tujahan' bisnes yang seterusnya.

Badan yang selalu penat, tidak akan boleh tempuhi 'marathon perniagaan' yang perlukan stamina jangka masa panjang.

Alhamdulillah, hari ini sehingga Rabu, saya akan bawa semua team saya bercuti.

Hujung bulan ini pula, jika diizinkan Allah, saya akan ke Australia dan New Zealand untuk 'recharge' juga.

Kita boleh susun atur bisnes kita untuk mengikut rentak dan 'lifestyle' yang kita mahukan.

Topik ini dinamakan "Membina Bisnes Maya".

Jika ingin hidup bebas dan fleksible, ada beberapa perkara yang perlu bergerak sendiri tanpa memerlukan kita terlibat secara 100% setiap masa.

Antaranya adalah:-
  • Sistem pemasaran semi-auto
  • Logistik dan operasi yang semi-auto
  • Kedai maya yang bergerak 24 jam tanpa perlu buka atau tutup pintu
  • Sistem 'warehousing' yang tidak memerlukan saya pegang dan uruskan 'stock' sendiri (jika berniaga produk fizikal)
  • Pembinaan tribe dan pelanggan setia secara semi-auto
  • dan banyak lagi...
kenapa saya guna perkataan semi-auto, dan bukan automatik?

Kerana saya rasa tak mungkin betul-betul boleh automatik 100%. Nak taknak, kita mesti terlibat juga.

Tapi penglibatan tersebut sangat minima.

Sebagai contoh, salah satu bisnes saya menjana 5 angka setiap bulan. 

Tetapi penglibatan saya cuma 2-3 jam sebulan.

Jika difikirkan tak lah banyak sangat 5 angka.
Orang lain buat 6 angka dan 7 angka, ye dak?

Tapi mereka bekerja full time siang malam!

Bisnes saya yang tersebut pula cuma memerlukan 2-3 jam sebulan.

Bisnes bukan semata-mata berapa banyak duit yang kita buat. 

Tapi ia juga tentang adakah ia membawa kebahagiaan, dan memberikan masa kepada kita, keluarga kita, dan hubungan kita dengan pencipta kita.

Didoakan semoga anda dapat re-charge, dan membina bisnes yang memberi kebebasan kepada anda.


Sumbangan: NasihatNiaga.com