Ramai orang mengadu pada saya, mereka tak dapat nak start bisnes sebab tiada modal.

Hakikatnya, kita di tahun 2015. Bukan 1995.

Kita tak perlu lagi perlu ada kedai atau perlu beli stok.

Zaman canggih ini sesiapa boleh mulakan apa saja, dengan ZERO modal.

  • Jadi agen dropship - tak perlu modal & tak perlu kedai
  • Jadi orang tengah untuk pickup dan cuci karpet, tak perlu modal & tak perlu kedai
  • Jual makanan secara 'pick-up sendiri' dari rumah, tak perlu kedai
  • Jadi pembantu 'social media' - tak perlu modal & tak perlu kedai
  • Mula bisnes car-wash, tak perlu modal (jika tahu caranya)
  • ... dan banyak lagi!
Ada ratusan lagi bisnes-bisnes yang tak perlukan modal.
Cuba kita lihat dan jawab soalan ini.

Adakah anda mengkayakan orang?
Atau orang mengkayakan anda?

Lihat diri kita setiap hari.

Kita beli makanan. Beli air. Bayar bil. Naik kenderaan awam. Semuanya kita mengkayakan orang. Setiap hari.

Tapi ada kah orang lain beli makanan dari anda? Bayar yuran perkhidmatan kepada anda? Beli produk anda?

Ada ramai orang di luar sana yang mengkayakan orang lain. Kenapa tidak kepada anda?

Modal bukan lagi isu.
Anda tak perlu bermula dengan modal.
Malah saya juga dulu bermula tanpa modal.

Itu kepentingan mempunyai ilmu.
Masakan anda boleh jadi cikgu, jika tidak pandai mengajar, kan?

Masakan anda boleh jual produk, jika tidak tahu selok-belok pemasaran, dan produk tersebut?


Sumbangan: NasihatNiaga.com