"Apa yang aku mahu?"



Rahsia mencapai apa saja yang kita nak, bermula dengan niat.

Adakah masa baca subjek ini, ada lintasan hati anda ingin tahu, apa isi kandungannya?

Lintasan hati itulah... dinamakan niat. Niat itu adalah apa yang kita mahu.

Dan niat anda disusuli dengan tindakan, iaitu membaca artikel ini.

Akhirnya sekarang anda membaca artikel ini, dan tercapai sudah hajat anda di hati, iaitu mengetahui apa terkandung dalam artikel ini.

Tiada bezanya dengan apa saja benda lain dalam hidup kita.

Samada inginkan bisnes yang berjaya.
Atau kasih sayang dalam keluarga.
Atau membeli rumah idaman.

Ia bermula dengan niat.
Kemudian disusuli tindakan.

Masalahnya, biasanya sebelum kita bertindak kita dah banyak meragui.

"Kalau tak dapat macamana?"
"Kalau gagal macamana?"


Jika itu sangkaan kita, maka itulah yang kita akan dapat.

Niatlah, apa yang anda mahu.
Kemudian buat lah apa saja tindakan susulan yang perlu.