Mari kita lihat dengan lebih dekat apa yang perlu anda buat sebelum refinance rumah.

1) Kelayakan Untuk Meminjam

Sangat penting untuk anda tahu samada anda masih layak untuk mendapatkan pinjaman sebelum membuat permohonan refinance.
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyemak kelayakan tersebut dengan menggunakan aplikasi yang ada online.
Dari situ anda akan mendapat gambaran jelas jika anda boleh membuat pinjaman refinance rumah atau tidak.
Salah satu lagi cara, tetapi agak rumit dan mengambil masa sedikit, adalah dengan mendapatkan pertolongan daripada pihak tertentu di bank untuk menyemak kelayakan anda.

2) Report CCRIS

refinance rumah, cara refinance rumah, maksud refinance rumah, apa itu refinance rumah
Tak kira pinjaman apa sekalipun yang anda ingin mohon, report CCRIS memang akan memainkan peranan yang sangat besar.
Jika report CCRIS itu tidak cantik, ada kemungkinan yang anda tidak dapat meneruskan hasrat untuk refinance rumah.
Walaupun rumah yang hendak refinance itu bernilai jutaan Ringgit sekalipun, ianya tidak berguna kerana bank tidak akan memberi kelulusan.
Jadi, pastikan yang report CCRIS anda cantik dan setiap pembayaran semula telah dikemaskinikan.

3) Harga Pasaran Rumah

Anda perlu mengetahui anggaran harga pasaran rumah anda sebelum memilih untuk refinance.
Salah satu cara adalah dengan mencari rumah yang sama jenis pada lokasi yang sama, dengan menggunakan laman web hartanah, seperti PropertyGuru.
Apabila anda sudah mengetahui harga rumah semasa, bolehlah anda menawarkan harga yang lebih rendah (mungkin kurang 15-20%) kepada bank apabila membuat permohonan refinance.
Peluang untuk permohonan anda diluluskan juga tinggi kerana kebanyakan pemilik rumah yang lain selalunya menjual pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran.

4) Jumlah Kos Refinance Rumah


Seperti pinjaman yang lain, refinance juga mempunyai kos-kosnya tersendiri.
Anda haruslah memberi perhatian kepada semua kos ini untuk membuat keputusan samada berbaloi atau tidak untuk anda refinance rumah.
Antara kos refinance yang perlu anda tahu adalah kos duti setem, yuran penilaian dan yuran guaman, yang mana mungkin mengambil dalam 2-3% daripada harga pinjaman refinance.
Selain itu, terdapat juga kos penalti bank yang dikenakan pada pinjaman terdahulu. Anggaran kos penalti adalah 2-3% daripada harga pinjaman asal dan selalunya dikenakan selama 2-3 tahun sahaja.
Untuk mengetahui jumlah kos penalti sebenar, bolehlah anda menghubungi bank anda.

5) Ketahui Lock-in Period Rumah Anda

Apabila beli rumah baru, salah satu syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah tempoh terkunci yang ditetapkan oleh bank supaya pembeli tidak boleh menjual rumah tersebut terlalu awal sebelum habis bayar faedah dan prinsipal.
Biasanya lock-in period ni lebih kurang 3-5 tahun, tapi kalau keras kepala nak jual rumah sebelum tamat tempoh, penalti bayaran adalah sebanyak 2-5% dari jumlah pinjaman.

6) Aliran Wang Tunai (Cash Out)

Sebagai tambahan untuk semua perkara di atas, penting juga untuk anda mengetahui berapa jumlah wang tunai atau dipanggil sebagai cash out yang akan diperolehi.
Dengan itu, barulah anda dapat menentukan samada wang tunai yang akan diterima daripada pinjaman itu mencukupi atau tidak untuk memenuhi sebab anda membuat refinance tersebut.

7) Telili Pakej Pembiayaan Semula Bank Lain

Masa anda beli rumah, pasti ada buat perbandingan bank yang mana menawarkan pinjaman paling baik, kan? Sama la semasa nak refinance rumah, kena check bank mana mempunyai pakej yang paling berbaloi untuk anda.
Antara faktor yang boleh dipertimbangkan semasa memilih bank adalah kadar faedah, jenis pinjaman (fully-flexi atau semi-flexi), dan tempoh berkunci.
Kenal-pasti objektif anda dan rancang strategi pembiayaan semula secara long-term. Kalau akal buntu tak tahu nak pilih yang mana, minta nasihat dan bantuan dari banker .
Kami harap panduan yang telah diberikan tentang refinance rumah ini akan dapat membantu pemilik rumah yang sedang mempertimbangkan untuk membuat pinjaman refinance.
Apa sahaja keputusan yang anda ambil, semoga anda dapat menyelesaikannya dengan mudah dan jayanya!