image:youtube.com

Ringkasan

Isu-isu am yang boleh menyebabkan masalah dengan muat turun atau menghantar foto, video, atau Suara Mesej termasuk:
  • Telefon anda mungkin mengalami masalah sambungan.
  • Tarikh dan masa pada telefon anda tidak ditetapkan dengan betul.
  • Terdapat isu dengan kad SD anda:
    • Tiada ruang yang mencukupi pada kad SD.
    • Kad SD ditetapkan ke mod baca sahaja.
    • Kad SD telah rosak.

Butiran

Semak sekali lagi (dan juga untuk kali ketiga) bahawa telefon anda mempunyai sambungan Internet yang aktif dengan isyarat yang kuat. Cuba memuatkan satu halaman web untuk memastikan ia berjalan. Jika anda pasti bahawa telefon anda telah disambungkan (cuba menyambung ke hotspot Wi-Fi yang lain dan/atau 4G), teruskan membaca.

Semak bahawa tarikh dan masa telah ditetapkan dengan betul pada telefon anda. Jika tarikh anda tidak betul, anda tidak akan dapat disambungkan ke server WhatsApp untuk muat turun media anda. Lihat bagaimana cara menetapkan tarikh anda dengan betul di sini.

Kadang kala WhatsApp mungkin mengalami kesukaran untuk menyimpan fail-fail anda ke kad SD anda. Jika begitu, ikuti langkah-langkah penyelesaian masalah ini:
  1. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi pada kad SD anda. Jika kad SD anda penuh, WhatsApp tidak dapat menyimpan apa pun di dalamnya. Sediakan ruang kosong yang lebih dengan memadam fail-fail yang tidak diperlukan. 

  2. Pastikan kad SD anda tidak ditetapkan ke mod baca sahaja. Cuba menyimpan satu fail yang bukan daripada WhatsApp ke kad SD anda. Jika fail tersebut boleh disimpan, kad anda bukannya baca sahaja, WhatsApp Messenger boleh menyimpan fail ke kad tersebut. Jika tiada fail yang boleh disimpan, kad anda mungkin telah ditetapkan ke mod baca sahaja. Anda perlu mengubah ini; sila semak manual telefon anda untuk arahan.
     
  3. Jika terdapat ruang yang mencukupi dan anda boleh menyimpan fail ke kad SD anda, tetapi anda masih tidak boleh muat turun sebarang fail daripada WhatsApp kepada kad tersebut, anda mungkin perlu memadamkan data WhatsApp daripada kad SD anda:

    PENTING: Ini akan memadamkan SEMUA sandaran sejarah sembang WhatsApp dan fail-fail yang telah dimuat turun. 

    1. Ini adalah masa yang baik untuk membuat sandaran data WhatsApp anda. Untuk membuat sandaran data WhatsApp anda, salin folder "WhatsApp" daripada kad SD anda ke komputer anda.
    2. Buka folder kad SD pada telefon anda dan padam folder "WhatsApp". Semua media WhatsApp anda sudah dipadam sekarang. WhatsApp masih akan buka - dan semua sembang anda masih akan berada di sana - tetapi media anda (foto, video, audio) tidak akan wujud lagi.
    3. Mulakan semula telefon anda.
    4. WhatsApp seharusnya boleh menyimpan fail-fail anda yang dimuat turun sekarang. 

  4. Masih membaca? Ingati langkah 2, apabila anda menyemak untuk melihat jika kad SD anda berada dalam mod baca sahaja? Jika anda tidak dapat menyimpan sebarang fail ke kad tersebut, kad SD anda mungkin rosak. Dalam situasi ini, anda mungkin perlu memformat kembali kad SD anda. Ini bermakna memadamkan keseluruh kandungan kad SD dan menetapkan kembali:


    PENTING: Ini akan memadamkan SEMUA data pada kad SD anda. 


    1. Selepas anda memformat kad SD, anda tidak boleh mendapatkan data anda kembali.
    2. Jika mungkin, sandarkan apa-apa pun pada kad SD. Satu cara untuk melakukan ini ialah dengan memasang kad SD ke dalam komputer dengan pembaca kad SD, dan salin fail-fail tersebut.
    3. Pada telefon Android anda, pergi ke Tetapan > Storan.
    4. Jika ia wujud, ketik Nyahlekap storan kad.
    5. Ketik Format kad SD atau Padam kad SD.
    6. But semula telefon anda.
Jika langkah-langkah di atas tidak membantu, ia mungkin kerana terdapat isu dengan kad SD anda. Anda mungkin perlu membeli kad SD yang baru untuk menyimpan/menghantar fail.

Adakah artikel ini membantu? Mohon share kepada kawan-kawan yang lain...