"Kita Buat Duit Dengan Menjual Produk. Kita tak buat duit dengan menghasilkan produk... "
Masa saya baru mulakan bisnes tahun 2005 dahulu, saya asyik mencari produk demi produk untuk dijual.

Malangnya, satu  produk pun tak  terjual.

Bila banyak modal dah hangus, dan motivasi pun dah kurang sebab asyik gagal... saya dah hampir putus asa.

Tapi hikmahnya adalah, kini saya memperolehi kebolehan untuk menjual produk, sebelum produk tersebut wujud!

Sekarang, saya boleh  'test' produk apa yang ada permintaan tinggi, sebelum saya laburkan modal untuk mendapatkan produk tersebut.

Dengan cara ini, risiko saya terkawal, modal tak perlu dikeluarkan di peringkat awal, dan saya dapat uji pelbagai jenis idea bisnes dengan cepat.

Baca surat terbuka ini, yang saya tulis khas kepada anda ingin cara cepat untuk mencari produk atau servis untuk tambah pendapatan.
Sumber: nasihatniaga.com