9 Langkah asas dalam proses penjualan rumah:

1) Penjual melantik peguam dan ejen hartanah yang bertauliah (optional)
2) Pembeli berminat dan akan membayar booking fees (Agensi Hartanah - biasanya dalam 3% dari harga hartanah anda). Booking fees akan dianggap sebahagian dari duit muka (downpayment) pembelian hartanah tersebut.
3) Tandatangan Sale and Purchase Agreement (SPA or S&P). Pihak pembeli perlu membayar segera baki 7% dari harga jualan rumah sebagai downpayment kepada pihak penjual sebelum tandatangan.
4) Selepas selesai menandatangani SPA, penjual akan membayar komisen pada Agensi Hartanah (biasanya 2-3%).  Atau tetapkan harga anda, ejen akan markup & segala keuntungan adalah hak ejen, jadi anda tidak perlu membayar komisen tersebut. Tugas Ejen Hartanah selesai disini.
5) Tempoh 3 bulan diberikan kepada pihak pembeli untuk membayar full amount baki pinjaman bank pihak penjual (seandainya hartanah penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank). Seandainya tempoh 3 bulan dilampaui, maka tempoh tambahan sebanyak 1 bulan akan diberikan namun penalti akan dikira secara harian dalam tempoh ini.
6) Selepas pihak bank penjual menerima bayaran dari pihak pembeli, peguam akan menguruskan pertukaran nama geran.
7) Selepas pihak peguam menyelesaikan / mendaftar pemindahan nama geran di pejabat tanah, maka pihak pembeli perlu menjelaskan baki bayaran hartanah tersebut kepada pihak penjual.
8) Pihak penjual perlu menyerahkan kunci (status vacant possession) setelah menerima wang baki penjualan rumah dari pihak pembeli.
9) Pembeli akan menerima kunci rumah. Urusan selesai.
Nota: Sila maklum bahawa penjualan hartanah dibawah tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT) akan dikenakan kepada penjual.
Proses penjualan hartanah di atas biasanya memakan masa lebih dari 6 bulan. Ada kes dimana kes penjualan masih tidak selesai walaupun sudah mencecah 1 tahun.
Ini mungkin berlaku kerana faktor kes penipuan dokumen, kes kaveat hartanah, penipuan ejen dan macam-macam lagi.
Dengan ilmu hartanah yang betul, anda akan dapat mengurangkan banyak masa dan kos-kos yang terlibat semasa penjualan hartanah anda.