Dulu masa saya bekerja sebagai 'pencacai IT', secara part time saya buat bisnes.

Uhh, bila bayangkan balik, memang susah.

Mencabar nak bahagikan masa kerja, keluarga dan bisnes. Terasa macam sambil tekan minyak, pada waktu yang sama terpaksa tekan brek.

Mungkin anda juga terasa macam tu.

Mungkin anda frust, sebab kejayaan yang anda impikan masih belum kunjung tiba kerana tak sempat nak buat apa-apa.

Saya belajar dengan cara susah.

Apa yang penting untuk bahagikan masa. Kerana kerja, dan bisnes jauh panggang dari api.

Masa saya kerja, duduk di depan komputer sambil buka MS Word dikira sangat produktif!
Tapi dalam bisnes sendiri, ia TIDAK mendatangkan wang!

Saya belajar cara yang susah, bahawa ada perkara yang membawa masuk duit, dan ada perkara yang merugikan duit, masa dan tenaga.

Anda kena buat keputusan.
Anda mahu cara susah? Atau cara senang?

Kalau nak cara senang, anda kena belajar apa yang penting anda buat untuk membawa masuk wang dalam bisnes, terutama jika anda buat bisnes secara part time.
  • Bagaimana nak bahagikan masa.
  • Bagaimana nak dapatkan pelanggan dalam masa yang singkat.
  • Bagaimana nak buat pemasaran yang efektif.



NasihatNiaga.com