Kenapa agaknya ramai orang masih gagal start bisnes yg berjaya?

Jawapannya sungguh nyata, tapi TERSIRAT.

Sebabnya adalah, utk kaya dn berjaya, anda perlukan PRODUK yang orang NAK BELI.

Jadi bila ada ramai 'sifu' yang buang masa anda dengan menyuruh anda pandai bina website, mulakan blog,  buat FB Ads,  tulis ayat power....

Tapi..

APA YANG ANDA NAK JUAL?

Takda apa!!

Sebab kita tak ambil masa untuk teliti PRODUK yang ada permintaan tinggi, ..

... kita tak teliti  jika ada PERSAINGAN SENGIT yang akan membelasah kita jika jual produk yang sama.

Kalau lah anda ada produk yang ada permintaan, takkan lah tak boleh jual 1 sehari, ye dak?

Sudah tentu boleh!

Kerana produk yg ada permintaan...adalah orang yang minta dari anda.. bukan anda meminta-minta dan memujuk2 orang untuk beli dari kita.



Saya dapati, utk mulakan bisnes yang berjaya, kita perlu ada 7 perkara berikut.


1. Mindset yang betul


Dulu saya kerja swasta.

Mindset seorang pekerja swasta, tak sama dengan mindset seorang usahawan.

Mula2 sy ingatkan sama.

Itu yang buat gagal tu!

Di tempat kerja, duduk depan komputer buat kerja, dah rasa produktif.

Tapi sebenarnya ada jenis aktiviti yang TAK membawa masuk duit...

... dan ada pula jenis aktiviti kerja yang bawa masuk duit.



2. Niche yang betul


Kita nak bisnes kita berpanjangan. Bukan bermusim.

At least, tu pandangan saya lah.

kalau anda nak bisnes bermusim, ikut trend.. lepas trend mati kena cari bisnes lain... 



3. Produk yang betul


Dulu saya fikir.. kita pilih apa produk kita nak jual.

Sebenarnya... CUSTOMER yang tentukan apa patut kita jual.

So kalau anda sedang mencari produk..anda sedang buat silap.

Produk yang sepatutnya mencari anda.

Bila customer mencari produk, mereka mencari kita.

Bila kita tentukan produk, kita yg penat pujuk customer!

Macamana tu?


4. Pemasaran Yang Betul

Orang suka membeli.

Tapi orang tak suka dipaksa membeli.

Cara kita approach prospek mesti melalui satu proses Marketing & Sales.

Marketing, untuk tarik orang datang.

Sales, utk buat mereka beli setelah mereka datang.

Rahsia marketing yg betul, adalah untuk membuatkan mereka AMBIL TINDAKAN sikit demi sikit.

5. Fokus Yang Betul

Adakah anda check FB setiap jam?

Terasa 1 hari hilang begitu saja tak tahu kemana pergi?

Then, anda ada masalah fokus.

Susah nak berjaya dalam bisnes, kalau tak fokus.

Lebih-lebih lagi kalau masih part-time.

Sehari cuma ada beberapa jam yang free.

Macamamana nak tentukan prioriti masa kita?

Apa patut kita buat?

Apa patut kita tinggal?


6. Tindakan Yang Betul & Pantas

Ramai orang bertindak, mengikut apa orang lain bertindak.

Bila orang buat FB Ads, kita pun nak buat FB Ads juga.

Tapi..

Kalau kita ZERO knowledge dalam IT...

merangkak2 dan berdarah hidung nak belajar FB ads...

berbulan-bulan pun tak habis belajar!

BIla nak buat duit?.. kalau berbulan-bulan baru nak khatam ?

Tindakan kita sepatutnya ikut keadaan semasa kita, dan pengalaman kita.

Lain orang, lain padang.

7. Orang Yang Betul

Ramai orang suka bebenor jadi superman.

Semua kerja nak buat sendiri.

Tak boleh ke serahkan pada yang lebih tahu?

Kunci berjaya dengan cepat, adalah dengan minta bantuan orang lain.

Mintak tolong orang.

Jangan jadi superman.

Superman dalam komik je ada.