Konsep: Kita cagarkan sijil ASB, buka akaun overdraft dengan bank yg menerima Sijil ASB sebagai cagaran (cth, CIMB dan RHB). Bila approve kita bukak 1 akaun semasa yang terdapat had overdraft utk dibelanjakan

Tujuan: Mengurangkan interest apabila kita membelanjakan wang. kita pakai duit dari akaun overdraft, kita berhutang dgn bank dalam akaun semasa. Pada masa yang sama faedah dalam akaun ASB kita tetap ada. Katakan faedah ASB 8% dan faedah akaun ovedraft ialah 6% (daily rest), meaning that kita telah jimat 2% interest

Daily rest tu apa dia?: Interest akan dikira berdasarkan baki harian, maknanya interest akan makin kurang kalau baki hutang itu berkurangan.

Kaedah untuk kurangkan interest: simple ajer, masukkan gaji anda kt dalam akaun overdraft dan keluarkan/gunakan wang hanya apabila perlu. tak perlu simpan cash byk2 kt dompet sebab duit kt dlm wallet tak dapat kurangkan interest. kalau ada bil kredit card tu, bayar on the last date, tak payah bayar awal2. biarkan duit anda kekal selama mungkin dalam akaun overdraft.

Step2 yang berkaitan:

1) pegi PNB (di jalan tun razak, sebelah tabung haji), minta borang utk buat sijil. Isi borang, letakkan jumlah yang hendak dijadikan sijil macam kes aku, rm20K. Ambik nombor, pegi kaunter. Sijil akan siap on the spot. kena bayar RM10 (zaman Pie tulis pasal overdraft, casnya cuma rm2). baki dalam buku akan berkurangan. katakan ada rm24k, buat sijil rm20k, so baki kt buku jadi rm4k.

2) Pegi bank, ambil borang nk buat overdraft. mcm kes cimb, borang dia adalah borang pinjaman perumahan. Isi borang sertakan i) slip gaji 3bulan ii) salinan sijil iii) penyata back iv) Salinan IC. Cimb bagi 90% dari jumlah sijil. so kalau 20k nilai sijil, rm18k ler overdraft limit

3) Follow up dgn officer overdraft application dah approve ke tak. biasanya dalam 3 hari dah boleh tahu approve ke belum.

4) Once dh tahu dah approve tunggu ler offer letter. Once dah ready, pegi la sign offer letter then bawak la sijil asal ASB tu. Bank akan ambik sijil asb tu sebagai jaminan. kalau x mampu bayar balik bank akan ambik duit dalam sijil itu. Time sign offer letter tue, kene buat bayaran utk benda2 kt bawah:
1) rm 10 - matikan stamp
2) rm50 - cas process cimb
3) rm 100 - cas process PNB
4) rm50 - untuk bukak akaun semasa (akaun dimana overdraft akan dimasukkan). mcm kes aku pelanggan cimb yang sedia ada nilai minimum utk bukak akaun semasa ialah rm50, kalau bukan existing customer, maybe rm100 kot. akan dapat buku cek yang dicas rm7.50 untuk 50keping cek. so baki dalam akaun semasa yang baru bukak ialah rm42.50.


5) Tunggu lama sikit (dalam 3 minggu kot) coz proses yang CIMB kene lalui dgn PNB makan masa. Officer akan telefon suruh utk sign a few things. Yang aku ingat kene sign borang merah ASB (borang kuar duit) dan cap jari.

6) 3 hari bekerja lepas tu dah duit masuk dalam akaun. Mcm kes aku yang first time buat overdraft, aku tunggu lepas 3 hari tu aku tengok kt CIMBClicks baki masih rm42.50, hari ke 5 tu aku call officer bank bgtau kata overdraft masih tak masuk. dia suruh aku klik kt detail in the account, barulah aku nampak dia ada tulis OVERDRAFT LIMIT: RM18000. Aku yang jahil ni ingatkan current akaun aku akan jadi rm18042.50.

katakanlah aku keluarkan rm1000 dari akaun overdraft aku, baki akaun semasa aku


akan jadi -rm1000 (negative rm1000).

here is to show a picture
1) offer letter dari cimb blr-1.25

2) contoh akaun semasa yang dh negative (ni jumlah awal2 dapat) skng ni lagi byk negative nyer. tgk akaun simpanan aku adalah pada amount minimum.





Source : matjoe9498.blogspot.com ~ Thanks for Matjoe.